Aplikasi Multimedia Dan Cabaran Terhadap Pensyarah Universiti Riau Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Satu Kajian Kes Di Fakulti Keguruan Dan Ilmu Pendidikan 1 |

|
| Kajian ini merupakan lanjutan daripada kajian awal yang bertajuk aplikasi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, cabarannya kepada pensyarah Universiti Riau di Pekanbaru. Dalam kajian ini pengkaji membuat satu kajian kes terhadap pensyarah-pensyarah di Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan yang terdiri daripada sembilan program studi iaitu Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Sejarah, PPKn, Ekonomi Akutansi dan Koperasi, Kimia, Fisika, Biologi, dan Matematika. Kajian ini lebih memfokuskan kepada tiga aspek yang sangat mempengaruhi terhadap pengaplikasian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Keguruan dan Ilmu pendidikan. Aspek yang didapati secara signifikan iaitu pengetahuan pensyarah terhadap multimedia, kemudahan infrastruktur dalam pengaplikasian multimedia dalam P & P dan sikap pensyarah dalam mengaplikasikan multimedia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual dan pemerhatian di Universiti Riau Pekanbaru. Respondennya adalah pensyarah-pensyarah dari berbagai program studi masing-masing di antaranya termasuk ketua program studinya sendiri. Kajian kes digunakan untuk memahami lebih mendalam persoalan-persoalan terhadap tiga aspek yang signifikan supaya lebih jelas. Dapatan yang diperoleh dari hasil perbincangan dan pemerhatian pengkaji dapat dirumuskan bahawa masih terdapat kekurangan kemudahan infrastruktur dari segi penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran serta aspek pengetahuan dan sikap pensyarah dalam mengaplikasikan multimedia sudah dikategorikan baik. |
Licence |
|
| Price |
|
| Language |
English |
| Size |
74.5 KB |
| System |
Windows |
| Author |
|
| Website |
|
| Created |
2008-06-29 |
| Downloads |
7 |