| Download details |
![]() |
||
| Kertas kerja ini membincangkan tentang kelebihan dan pendekatan pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada mata pelajaran kimia SPM sesuai dengan perubahan pendekatan P&P dalam era globalisasi terutama dari segi pengaplikasian perisian kursus dalam bentuk CD-ROM dan e-pembelajaran. Model ASSURE dihuraikan sebagai panduan guru membuat penilaian dan perancangan rekabentuk pengajaran bagi memastikan keberkesanan pengaplikasian bahan bantu mengajar yang berasaskan ICT ini. Kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam P&P turut dibincangkan sebagai renungan dan cabaran bagi guru untuk mengaplikasikannya. Namun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi bergantung kepada kebijaksanaan, kesungguhan, keazaman dan kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Juga terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, kemudahan prasarana yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. | Licence | |
| Price | ||
| Language | English | |
| Size | 2.04 MB | |
| System | Windows | |
| Author | ||
| Website | ||
| Created | 2008-06-29 | |
| Downloads | 19 | |